seperti kata pepatah "sudahla jatuh ditimpa tangga" itulah gambaran tepat tentang peristiwa semalam.kisahnya bermula di kaunter air asia saat hendak boarding. pertamanya,saya dikehendaki mengisi borang untuk passenger yang pregnant. huhu. dahla surat doktor lupa.ingatkan saya and baby tak dapat nak terbang. tapi dapat juga akhirnya. kisahnya tidak berakhir di situ. hubby yg tengah menunggu saya pula disoal siasat berkenaan dengan chicken pox beliau. hubby pula tak dibenarkan masuk flight sebab chicken poy masih baru. sekurang-kurangnya kena sebulan baru dapat naik flight. kesian hubby.terpaksa guna busa akhirnya daripada miri ke kuching. saya dan baby pula kena naik berdua tanpa hubby.kesian dia.rasa bersalah sangat-sangat.nak ikut sama naik bus hubby tak suruh.dengan berat hati melangkah menuju ke kapal terbang. sampai di sana, dengan beg yang agak berat,pramugara/gari hanya berminat dengan borang pregnant tersebut. saya terkial-kial untuk meletak beg kat tempat letak beg kat atas. tetapi,syukur pada Tuhan penumpang yang duduk sebelah saya tu mat saleh dengan baikhatinya menolong saya mengangkat beg tersebut sementara yang lain tu hanya memandang.semoga Tuhan merahmati beliau.sekian sahaja cerita antara aku,hubby,baby,chicken pox,mat saleh yang baikhati dan airasia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.