Hari ni 4th check up kat Klinik Ibu dan Anak. Segalanya okay, Puji Tuhan. Kencing pun tak kotor lagi. Tak ada apa-apa infection dekat pundi kencing lagi. Si Kecik pula, bukan main aktif lagi dia menendang, melompat, berguling, kuak lentang, renang berirama di dalam perut bila nurse nak check heartbeat dia. Siap main sorok-sorok lagi. Sigh~ Nurse pun kata dia sangat nakal. Hehe... nakal dan mengada ikut daddy dia. =p
Hari ni juga dapat first injection for ATT. Something to do with tetanus tu. Injection yang sama bila kita kena gigit kucing, anjing, disengat lebah dan sebagainya. Rasanya suntikan yang sama kot. hehe...second dose kena masa cuti sekolah nanti. Suruh mak jer la suntik nanti. (Mak saya jururawat masyarakat)
Sekarang ni badan rasa lemah gemalai...adakah kesan daripada suntikan tadi? Ada kerja rumah untuk saya nanti. Biasanya bagi budak jer buat kerja rumah, sekarang ni saya pula dapat. Kerjarumah saya ialah merekodkan pergerakan Si Kecil comel ni. Mula daripada pukul 8 AM sampai genap 10 kali dia bergerak. Lepas ni, jenuhlah kira berapa kali dia kuak lentang, kuak kupu-kupu, bermain bola, etc di dalam tu.
Tak apa. cuti sekolah nanti, buli daddy dia tolong rekodkan. wahaha...
*tahi saya pun sihat-sihat sahaja. (Nurse ada tanya Encik Poo Poo kaler ape.)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.