Showing posts with label Mom to be. Show all posts
Showing posts with label Mom to be. Show all posts

Monday, 27 May 2013

anemia

apa itu anemia? meh klik sini. cedok maklumat kat pakcik google jer...
masa check up hari tu, mula-mula kad ibu dan anak dapat sticker putih jer. tanda tak ada sebarang masalah kesihatan. tetapi masa datang check up masa baby umur 36 bulan, darah turun lagi, kencing pun kotor lagi, baby pula dah kat bawah tak sabar nak keluar. nurse nasihat banyakkan rehat...dan kad klinik pun dapat sticker hijau...maksudnya ada masalah ler tu. hehehe...
baby ok...
cuma nurse risaukan saya sebab hb (hemoglobin kot) sangat rendah...takut tak cukup darah masa bersalin...
nurse pesan makan telur rebus dua biji dan makan supplement yang diberi...bukan tak nak dengar nasihat. tapi kadang-kadang dah busy dengan karenah budak-budak di sekolah, lupa juga nak ikut segala pesanan...

tapi last check hari tu sebelum cuti, kencing dan darah dah okay...tetapi masih lagi di bawah pemantauan doktor. sekarang tengah menunggu hari si kecik nak keluar...diharap segalanya berjalan lancar. Amen.


Monday, 29 April 2013

pelik dan itu yang benar

lama tak tulis entri disebabkan sibuk meng'update' semua fail disebabkan rombongan nazir yang bakal menjelang tiba...

ni nak bagitau hobi baru ataupun benda pelik yang saya suka buat sejak akhir-akhir ni. Sila rujuk gambar di bawah;

Gambar 1

Gambar 2
Gambar 1: merujuk kepada petola yang dah tua dijadikan alat untuk membersihkan badan.
Gambar 2: beras.

kaitannya, saya sedang ketagih 2 benda ni. Untuk yang pencuci badan tu, saya suka hidu bau dia. saya suka yang dah digunakan. Gila kan? 

beras pula makan macam makan snack jer...memang suka sangat makan beras. tapi tak berani nak makan banyak. takut ada effect kat baby. ada gak rujuk kan Pakcik Google, rupanya banyak juga yang senasib dengan saya. lega sikit...(ingatkan saya ni aneh rupanya insan biasa...wahaha..).

Lepas tu, kadang-kadang ada juga mengidam lagi makanan-makanan yang tertentu. adakah orang yang pregnant dekat-dekat bersalin masih mengidam ke saya seorang yang pelik?

nanti nak tanya pakcik google lagi. nak tengok sapa yang senasib dengan saya. wahaha...

Friday, 12 April 2013

Check Up bersama Si Kecik

11/04/2013 
Tarikh di atas merupakan tarikh check up Si kecik. Syukur dia dalam keadaan yang sihat dan aktif. Semalam dia buat perangai mengada lagi. masa nurse nak check ukuran perut, dia menonggengkan buntutnya pula. perut saya jadi benjol sebelah. Haha... terpaksa nurse tunggu sekejap untuk dia alihkan buntut comel dia tu. mengada. Dia alihkan sekejap jer. Bila nurse cuba lagi nak ukur, dia start menonggeng dan bergerak2 lagi. Sigh~

Nurse pun tak dapat nak buat apa. Terpaksa tunggu dia yang masih tengah mengada bergerak sana sini. Memang sangat aktif. Next check up, 2minggu akan datang. Rasanya kena lagi suntikan ATT 2nd Dose. Huhu...jadilah lemah gemalai lagi saya lepas ni.

p/s: yang paling tak suka bila pergi check up ialah bila kena ambil darah. sakit! huhu...


agaknya macam ni si kecik dalam tu..tengok buntut, tu yang selalu tertonggek


Wednesday, 10 April 2013

kisah di malam hari...

lagi-lagi cramps...
kalo dah cramps tu telunjuk kaki sampai bengkok tak dapat nak lurus. Bukan sekaki jer kena, sedua kaki (kedua-dua kaki) sekali cramps serentak. rasanya? macam urat-urat kaki, otot-otot dan yang sefamily dengannya rasa macam nak terputus, dipulas, diperah dan segala. dah cuba tinggikan kaki dengan meletakkan bantal di bawah kaki. masih juga. huhu...jenuh cari penawar dan pencegah cramps di pergunungan hutan rimba Google yang terkenal dengan seribu satu misteri alamnya yang masih tak terjawab. setelah meredah, menge "click" akhirnya jumpa juga info ni. tak tau dapat membantu ke tak tapi nak cecuba la dulu...


ni info dia sedikit dua ikit:

What are muscle cramps?

A muscle cramp is a strong, painful contraction or tightening of a muscle that comes on suddenly and lasts from a few seconds to several minutes. It often occurs in the legs. A muscle cramp is also called a charley horse.

Nighttime leg cramps are usually sudden spasms, or tightening, of muscles in the calf. The muscle cramps can sometimes happen in the thigh or the foot. They often occur just as you are falling asleep or waking up.

What causes muscle cramps?

The cause of muscle cramps isn't always known. Muscle cramps may be brought on by many conditions or activities, such as:


  • Exercising, injury, or overuse of muscles.
  • Pregnancy. Cramps may occur because of decreased amounts of minerals, such as calcium and magnesium, especially in the later months of pregnancy.
  • Exposure to cold temperatures, especially to cold water.
  • Other medical conditions, such as blood flow problems (peripheral arterial disease), kidney disease, thyroid disease, and multiple sclerosis.
  • Standing on a hard surface for a long time, sitting for a long time, or putting your legs in awkward positions while you sleep.
  • Not having enough potassium, calcium, and other minerals in your blood.
  • Being dehydrated, which means that your body has lost too much fluid.
  • Taking certain medicines, such as antipsychotics, birth control pills, diuretics, statins, and steroids.
How can you stop a muscle cramp when it happens?

You may need to try several different ways to stop a muscle cramp before you find what works best for you. Here are some things you can try:


  • Stretch and massage the muscle.
  • Take a warm shower or bath to relax the muscle. A heating pad placed on the muscle can also help.
  • Try using an ice or cold pack. Always keep a cloth between your skin and the ice pack.
  • Take an over-the-counter pain medicine, such as acetaminophen (Tylenol), ibuprofen (Advil, Motrin), or naproxen (Aleve). Read and follow all instructions on the label.
  • If your doctor prescribes medicines for muscle cramps, take them exactly as prescribed. Call your doctor if you have any problems with your medicine.
  • Drink plenty of fluids. Sports drinks, such as Gatorade, will often help leg cramps.

Here are some things you can try for a leg cramp:


  • Walk around, or jiggle your leg.
  • Stretch your calf muscles. You can do this stretch while you sit or stand:
  • While sitting, straighten your leg and flex your foot up toward your knee. It may help to place a rolled towel under the ball of your foot and, while holding the towel at both ends, gently pull the towel toward you while keeping your knee straight.
  • While standing about 2 ft (0.6 m) from a wall, lean forward against the wall. Keep the knee of the affected leg straight and the heel on the ground. Do this while you bend the knee of the other leg. See a picture of how to do this calf stretch 



p/s: kalo hubby ada, adalah orang boleh urut. Huhu

restless night: mata panda


Sejak akhir-akhir ni tak dapat nak tidur nyenyak. sebabnya...malam ialah masa si kecik bermain. Huhu...dah puas urut-urut suruh pergi tidur, tetapi makin mengada dan aktif pula dia. Berguling-guling dalam tu. Mesti tak sabar nak keluar. Nanti dah lahir entah-entah dia aktif malam-malam. siang tidur. kecil-kecil dah membuli saya. akibatnya, pergi ke sekolah dengan mata panda dan rasa sangat mengantuk di bilik guru.
keadaan saya di bilik guru


p/s: belum lagi terkucil hampir selang 15 minit sekali. T.T

Monday, 8 April 2013

Pingu pingu...nyoot nyoot...

Ni la keadaan saya sekarang, dengan ketinggian yang sangat "cute" dan badan yang mebulat.

pandangan depan ...glowing kan?

Bila naik tangga ke tingkat 3, turun tangga, naik lagi ...

begitu berat kaki melangkah, berat lagi perut dipikul...

15 minutes kemudian baru sampai dekat kelas dengan keadaan semput...sepatutnya letak pondok rehat dekat setiap anak tangga tu. Hehehe...mengada jer kan? ^.^


Oh... stop it you!

Orang kata bila orang mengandung, dia akan glowing. Seri ibu mengandung katakan. tapi ada juga yang kata itu mitos semata-mata, sehidung-hidung dan semulut-mulut. Bagi saya pula, saya rasa saya sangat serabai dan selekeh. Rasa-rasa kalau berjalan kat dalam sekumpulan penguin pun orang takkan perasaan itu saya. Dari segi kebulatannya lah...dari segi selekeh, penguin lagi kemas daripada saya.

Tapi bila...

Hubby kata dia suka tengok saya mengandung. Sebab saya nampak "glowing". Dahla putih. <--- hubby cakap. Dan saya pun;

Wahahaha~

p/s: saat hidung mula kembang kempis...

Friday, 5 April 2013

Wanita Vs Ibu

bengkak

Disaat kaki mula membengkak
Stretch mark mula muncul
Saiz badan mula berubah
Berat badan bertambah
Kulit sensiti
susah nak berjalan
Cepat penat
Mata cengkung
Tak dapat tidur lena waktu malam
Tak ada antibody
Senang jatuh sakit …
Sedih bila tak dapat nak pakai baju dan seluar yang dulu (tak muat lagi)
Tak dapat nak bergaya sakan
Tak dapat guna make up
Tak dapat guna kasut tumit tinggi
Bila tengok wanita lain penuh bergaya
Melangkah dengan penuh yakin
Ala-ala model
rambut,make up, baju, kasut tumit tinggi...
dan memandang diri diri sendiri
bulat-line, penguinwalk, pakai baju hubby sebab baju sendiri tak muat lagi
Ada juga jiwa wanita tersentuh dan terasa sedih bila melihat keadaan diri …
Tetapi… 
saat melihat perut bulat ni
saat perut ditendang-tendang
saat mengetahui ada seseorang di dalam sana
saat mengetahui dia lah anugerah terindah daripada Tuhan
dan juga tanda kasih saying dan cinta kepada hubby
perlahan-lahan segalanya menjadi indah
segala kesedihan, rendah diri dan malu itu hilang
dan digantikan dengan rasa bersyukur
kerana diberi peluang dan kesempatan ini
untuk merasai pengalaman dari wanita menjadi seorang ibu…

p/s: To have a chance to be a mother is Something that even Word can’t explain~

Tuesday, 26 March 2013

sepetang di KPJ Kuching

hari ni (26/03/13) pegi scan baby. hubby sangat excited kerana ni kali pertama dia jumpa Si Kecik. Pegi kat KPJ Kuching. nak dijadikan cerita sampingan,sementara menunggu giliran,saya pula sakit perut. bukan nak bersalin,sakit perut nak "cherry berry" plus sembelit. agak-agak adalah 10 kali ulang alik toilet untuk memerut.  huhu..seksa
Berbalik kepada cerita scan tadi, ingat nak ambik pakej 4D iaitu nak tengok muka dia kalo tak terlindung. tapi si kecil main sorok-sorok pula. hubby pula blur sebab tak tau macamana nak tengok gambar scan yg hitam putih.saya tak apa,sebab dah banyak kalh tengok. fahamla juga sedikit dua ikit macamana tengok.  doctor kata baby kecil sikit daripada umur beliau. tapi takpa sebab almaklumlah maknya pun cute miut orangnya.
JANTINA???
hehe..dah dapat tengok dengan jelas. ce teka. clue nya:doctor kata,nampak tak dua "keping"? Ya. perkataan KEPING digunakan disitu. jawapannya ialah..jeng jeng jeng..kita tunggu selepas ini. wahahaha.. lepas scan,hubby bukan main excited nak shopping. ada gaya-gaya nak memborong kalau tak dicegah. drive pun asyik sengih-sengih. dua kali salah jalan. huhu.d. saya yang lemah gemalai sebab "cherry berry" ni pun dia tak peduli. begitu tinggi semangat dan keterujaan beliau.
Apa pun, terima kasih Tuhan,baby sihat,dan doctor cakap dengan posisi baby macam tu,senang nak bersalin. Amen.  harap begitulah hendaknya. sini nak kongsi gambar scan. nak simpan dalam album nanti,gambar pertama dia. dan kali pertama jumpa daddy.

tadaaa!....
Kalo ada yang perasaan, macam ada gambar muka seorang budak dekat sebelah kanan picture ni. perhatikan betul-betul. Hehe...apa pun ni la dia gambar Si Kecik dalam perut.

p/s baru dapat upload guna laptop. guna handphone hari tu tak dapat.

Sunday, 24 March 2013

gegurl or boboiboy?

Sekarang ni,kawan-kawan guru sibuk nak tau jantina si kecik. Dari teknik seri wajah, cara makanan or tarikh lahir saya mereka sibuk meneka dan bermain silangkata tentang jantina si kecik. Asyik tanya dah scan ke belum? Haha..memang tak san lagi pun. Tak kisah sangat si kecik ni girl or boy. Janji dia sihat dan kuat. Kalau tanya saya, saya rasa boy. Sebab sangat aktif dan nakal. Lagipun perut saya lonjong. Tak bulat macam cousin saya hari tu time pregnant kan my niece. Dia punya bulat penuh. Hehe..shopping pun tak lagi barang-bcrang si kecik. Nama pun tak fikir lagi. Nama untuk baby girl ada. Untuk baby boy yang masih tak ada. Huhuhu...tengah berusaha dengan bantuan kawan kawan dan juga pakcik Google. Mungkin kalau ada masa nanti nak pegi scan juga. Takut terbeli semua kaler pink dan bunga bunga segala tapi sekali keluar seorang hero. Wahaha,kesian dia nanti..hehe

Wednesday, 20 March 2013

Mom,mummy, mama, mother


Ur mom carried u in her womb for 9 months.

She felt sick 4 months with nausea.
She watched her feet swell & her skin
stretch & tear. She struggled 2 climb
stairs, she got breathless quick,...She
suffered many sleepless nights. She
then went through excruciating pain 2
bring u into this world.
Then, she became ur nurse, ur chef, ur
maid, ur chauffeur, ur biggest fan, ur
teacher, & ur best friend.
She's struggled 4 u, cried over u,
hoped d best 4 u, & prayed 4 u.
Most of us take our mom 4 granted.
But there r people who have lost or
never even seen theirs.
If you have a loving Mother who did all
of this for you, you are very lucky,
never devalue her worth because one
day, you'll wish you hadn't!.
To every women who is a mother, and
to every other women who is going to
be one day.

A baby Conversation with God

tengah google cari nama untuk Si Kecik dan belajar segalanya pasal dia, jumpa cerita ni...penulis tak tahu. Pakcik Google yang sebar.



Beautiful Story~
"A baby asked God, 'They tell me you are sending me to earth tomorrow, but how am I going to live there being so small and helpless?' God said, 'Your angel will be waiting for you and will take care of you.'

The child further inquired, 'But tell me, here in heaven I don't have to do anything but sing and smile to be happy.' God said, 'Your angel will sing for you and will also smile for you. And you will feel your angel's love and be very happy.'

Again the child asked, 'And how am I going to be able to understand when people talk to me if I don't know the language?' God said, 'Your angel will tell you the most beautiful and sweet words you will ever hear, and with much patience and care, your angel will teach you how to speak.' 

'And what am I going to do when I want to talk to you?' God said, 'Your angel will place your hands together and will teach you how to pray.'

'Who will protect me?' God said, 'Your angel will defend you even if it means risking its life.'

'But I will always be sad because I will not see you anymore.' God said, 'Your angel will always talk to you about Me and will teach you the way to come back to Me, even though I will always be next to you.'

At that moment there was much peace in Heaven, but voices from Earth could be heard and the child hurriedly asked, 'God, if I am to leave now, please tell me my angel's name.'

God said, 'You will simply call her, 'Mom.'"

(Author unknown)

Si Kecik Ku Sayang

Si Kecik dh 28 minggu sekarang. tapi tak tau berapa hari. makin aktif bergerak-gerak dalam perut. tendangan pun makin kuat. hehe...kat perut pun dah nampak bonjol-bonjol bila dia bergerak. Nakal!
28 weeks
agaknya macam ni ke Si Kecik dalam sana? mesti buntut dia yang bulat-bulat bonjol kat perut tu. tiap-tiap malam kena tepuk-tepuk lembut baru tidur. Hehe...




Tuesday, 19 March 2013

not well

pening dan muntah-muntah hari ni...
perut lapar tapi muntahkan balik breakfast tadi. huhuhu...
mesti Si Kecil lapar dalam tu. tengah cuba makan sikit-sikit.
rasanya tak cukup rehat. semalam tak dapat tidur sebab jiran sangat-sangat bising.
tambah lagi dengan dua-dua kaki yang asyik cramps. rasa nak menangis tahan sakit.

balik sekolah nanti nak rehat banyak-banyak~

:Si Kecil sayang tengah menendang-nendang. Lapar rasanya:

new addiction

tak tau sama ada ni sebab pregnant or bukan tapi saya ada habit baru yang sangat suka saya buat.

  1. suka sangat mandi. memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata perasaan yang sangat happy, selesa, bahagia, teruja segalanya. sangat suka cium bau sabun. Shower cream cepat jer habis. wahaha...walaupun yang botol besar.
  2. suka sangat memberus gigi. kalo boleh nak berus sampai 5-6 kali. part paling best bila memberus lidah. rasa nak gigit-gigit berus gigi tu. ubat gigi tak payah cerita. sekejap jer habis.
  3. suka sangat makan coklat. padahal dulu tak suka sangat. sebab terlalu manis. sekarang, tak payah cerita, tak berhenti mengunyah langsung. time awal-awal pregnant dulu sangat benci coklat.
saya sendiri pun tertanya-tanya. adakah benda ni perkara biasa ataupun sebab pregnant sahaja. ehehehe...

Sunday, 17 March 2013

kurang darah

time 3rd check up hari tu darah saya di bawah paras normal sedikit. apa lagi kena ceramah la dengan nurse tentang kesan-kesan dia pada pembesaran baby dan saya. Kesan untuk saya ialah masa melahirkan baby nanti. takut tumpah darah. Blur juga tak tau apa tu tumpah darah (sampai menulis entri ni pun masih kurang pasti. Haha...) yang pasti ada kaitan dengan kurang darah dan kena tambah darah masa bersalin. Yang pasti darah saya jenis O. jenis darah cerewet tapi pemurah. ^.^
mungkin sebab kurang darah tu punca saya selalu nak pitam dan cepat penat. Sekarang ni tengah berusaha untuk menambah darah dengan makan hati ayam dan sayur yang berwarna hijau. syukur masa check up kali ke-4 hari tu paras darah dah okay. takut juga kalo dia makin turun. takut kena marah nurse dan doctor dan juga mak saya yang pastinya akan marathon ceramah tentang ibu dan anak selama seminggu ataupun lebih. (sehingga beliau berpuashati.)

~kurang darah ni bahaya juga rasanya untuk orang yang tak hamil. sama-samalah kita menjaga darah dan tekanan darah agar tak terlebih turun dan terlebih naik.

Saturday, 16 March 2013

kaki cramps T.T

kebelakangan ini kaki selalu cramp malam-malam...sakit.
kadang-kadang sampai terbangun. Huhu... T.T
ada juga tanya petua daripada cikgu-cikgu yang ada pengalaman dan google sendiri.
susahnya berjauhan dari keluarga saat-saat berbadan dua ni...
tak ada tempat nak tanya dan mengadu...
nak call, line kat sini no komen...rasa cam duduk kat planet lain
dari radio tak dapat nak cari stesen, ni kan pula line telefon
guna asap lagi cepat nak berhubung
belum lagi kisah tak ada air...

huh! sesi meluahkan perasaan pula.

time google tu jumpa la maklumat ni. sangat informatif juga. (Klik sini)

harap-harap dapat mengurangkan cramp kaki ini. tidur pun terganggu.
dark circle pun dah makin teruk.
kalo pegi zoo mesti panda ingat saya ni sedara-mara dia.

Friday, 15 March 2013

Check Up bersama Si Kecil yang nakal

Hari ni 4th check up kat Klinik Ibu dan Anak. Segalanya okay, Puji Tuhan. Kencing pun tak kotor lagi. Tak ada apa-apa infection dekat pundi kencing lagi. Si Kecik pula, bukan main aktif lagi dia menendang, melompat, berguling, kuak lentang, renang berirama di dalam perut bila nurse nak check heartbeat dia. Siap main sorok-sorok lagi. Sigh~ Nurse pun kata dia sangat nakal. Hehe... nakal dan mengada ikut daddy dia. =p

Hari ni juga dapat first injection for ATT. Something to do with tetanus tu. Injection yang sama bila kita kena gigit kucing, anjing, disengat lebah dan sebagainya. Rasanya suntikan yang sama kot. hehe...second dose kena masa cuti sekolah nanti. Suruh mak jer la suntik nanti. (Mak saya jururawat masyarakat)

Sekarang ni badan rasa lemah gemalai...adakah kesan daripada suntikan tadi? Ada kerja rumah untuk saya nanti. Biasanya bagi budak jer buat kerja rumah, sekarang ni saya pula dapat. Kerjarumah saya ialah merekodkan pergerakan Si Kecil comel ni. Mula daripada pukul 8 AM sampai genap 10 kali dia bergerak. Lepas ni, jenuhlah kira berapa kali dia kuak lentang, kuak kupu-kupu, bermain bola, etc di dalam tu. 

Tak apa. cuti sekolah nanti, buli daddy dia tolong rekodkan. wahaha...

*tahi saya pun sihat-sihat sahaja. (Nurse ada tanya Encik Poo Poo kaler ape.)

Mengidam

Tak nak fikir hal yang stress menye"stress" lagi. Teringat hal-hal yang menggembirakan seketika waktu awal-awal pregnant dulu. Masa mengidam. Saat bahagia (stress sikit bagi saya) tetapi saat menyeksakan dan tension untuk hubby. Wahaha...kesian dia. Tapi dia kena bertanggungjawab atas perbuatan dia. Hehee..dia bersalah. 

Before pregnant ni, saat-saat masih single body lagi, belum berdua, saya memang jenis kuat makanan. Sampaikan dapat gelaran "tong sampah"(sebab akan sapu segala makanan yang orang tak larat lagi nak makan), vacuum makanan, dan macam-macam lagi. Itulah gambaran yang sesuai untuk menggambarkan diri saya buat masa itu.

Tetapi....bila dah berdua...

Semua makanan favourite tolak tepi. Kalo boleh tak nak cium bau makanan langsung! Ueeekk...tak suka, tak suka, tak sukaaaaa....

Terutama bau bawang merah goreng dan bau nasi yang tengah mengelegak. -.-"

(intro yang agak keluar tajuk)

Benda pertama yang saya idamkan ialah, UDANG yang sepitnya kaler biru. Kaler lain tak nak. Udang galah kot tu. Dahla susah nak cari. Mak mertua, bapa mertua and hubby semuanya turun padang carikan udang sepit biru ni. Wahaha...dari Kuching ke Serian ke Simunjan ke Sebuyau ke Sampun...mencari. Akhirnya dapat juga cari di Simunjan. Itu pun sangat bernasib baik ada. Satu-satunya penjual yang masih berjual di wet market. Sikit lagi nak bertolak balik, tetiba pakcik tu melambai-lambai dengan udang di tangan. Macam tau-tau pula dia yang kami nak cari udang.

Cepat-cepat segala pasukan mencari udang turun dan menyerbu pakcik udang sepit biru tersebut. Terus beli habis segala udang yang dia jual. Sangat fresh masih hidup lagi... RM70 untuk 2kg. Dan reaksi saya, senyum lebar sampai ke telinga. Oh ya tengah preggy 2 bulan time tu. Hikhikhik...

Malam tu juga mak mertua masak. Saya makan 2 ekor jer. Lepas tu tak nak lagi. Hubby memang geram tengok. Mungkin dia ingat saya akan makan habis-habisan sebab mengidam sangat-sangat kan? (time tu hubby tak faham lagi perasaan orang mengidam masa tu) Mesti dia fikir saya mengada. Huhuhu...

Lepas tu banyak lagi saya nak. Tapi bila dah order, tak nak makan. Sebabnya, tak sama dengan gambar. Ada bau (semua makanan kan memang ada bau..). Makan burger setiap malam sebelum tido. Wajib tu. Kalo tak merajuk. 

Belum lagi kisah hubby salah order rojak buah, saya nak rojak kangkung sotong, terus buat muka. Mata dah berair-air nak menangis. Terpaksalah hubby dengan muka masamnya order lagi rojak yang saya nak. Nak menambahkan lagi masam di muka hubby saya makan sesuap jer pun. Pastu tak nak lagi. Sakit hati kan?

Orang yang pregnant ni memang banyak karenahnya. setiap wanita berbeza-beza. Tu yang buat setiap mom to be punya pengalaman tu jadi unik. Rasa lucu bila terkenang balik. Rasa menyampah pun ada dengan perangai yang mengada-ngada. Tetapi lepas 4 months pregnant tak ada lagi dah mengidam tu. Emosi dah stabil seperti biasa. 

Sekarang, 5 months, sangat-sangat kuat makan. Tak boleh berhenti mengunyah. 24 jam. Kalo time tidur boleh mengunyah pun mesti dah bawa bekal segala sebelum tidur. Si Kecik pun dah pandai "berdemonstrasi "di dalam perut kalo dia lapar. Terguling-guling dia. Comel! >.<

Monday, 11 March 2013

Double Line a.k.a Positive

Masa mula-mula kahwin tu, memang dah rancang nak dapat baby cepat-cepat. Alasannya, nak tengok combination hubby and I (ye la...kahwin ngan kawan sendiri. tu different story. lainkali ceciter...^.^). Alasan mengarut betul. Hehehe...
Tiap-tiap hujung bulan, asal period lewat sikit mulalah mencari pregnancy test kit untuk buat test sendiri. Tetapi selalu kecewa. Huhu... T.T 
Lepas tu, give up sekejap. Berserah jer pada rezeki dan takdir Tuhan.
Tetapi, masa give up tu Encik Period lambat seminggu. Tapi buat tak tau. Tak nak menaruh harapan setinggi langit takut terkecewa lagi. Badan pula asyik rasa tak sihat. Demam (demamlah sangat... haha) Minta MC kat sekolah. Sebelum pergi klinik hari tu, tetiba terlintas nak buat pregnancy test sendiri di awal-awal pagi. Dalam mamai-mamai bangun pagi buat test, TETIBA...jeng jeng jeng...dapat Double Line (Positive ler tu) !!! Terbeliak mata dalam tak percaya. Tengahari tu pergi klinik pergi check, memang confirm pregnant. Dah 3minggu rupanya...hehe...syukur. Puji Tuhan!

Panjang intro tak kena dengan topic. Mari saya senaraikan simptom-simptom awal pregnant yang saya alami. Memang betu kata orang, lain orang lain cara. Simptom pregnant ni juga hampir sama dengan simptom Encik Period nak datang. Antara simptom yang saya alami ialah;
  1. Badan panas tetapi bukan demam.
  2. Mual cium bau makanan. Musuh utama, bawang merah goreng.
  3. Mual di waktu malam dan awal pagi.
  4. Moody
  5. Cepat letih
  6. Sangat sensitif dengan bau-bau di sekeliling
  7. Sakit di bahagian payudara.(Macam bila nak period tu)
  8. Badan rasa sangat berat.
  9. Period lewat seminggu.(kadangkala aturan period terganggu dengan pengambilan ubat dan stress)
  10. Naluri keibuan. (Ni yang membezakan dengan simptom period).Memang bila lewat period tu rasa sangat-sangat lain. Rasa macam nak melindungi perut dan diri dari apa-apa yang bahaya. Rasa nak melindungi sesuatu tu sangat kuat sekali. Biasanya kalau demam, memang telan panadol terus. Kali ni tidak. Macam sudah terasa kewujudan Si Kecik. Perasaan nak melindungi dia sudah ada ...hehehe. 
Itulah antara tanda-tanda yang saya alami.

Hubby pula sangat happy bila saya beritahu. Haha...siap tanya banyak kali untuk confirmkan happy news ni. Siap nak sebarkan seluruh alam. Apa pun, semoga Si Kecik comel ni terus membesar dengan sihat dan kuat.(sekarang ni Si Kecik dah masuk 6 bulan . Tak sabar nak jumpa dia).