tak tau sama ada ni sebab pregnant or bukan tapi saya ada habit baru yang sangat suka saya buat.
- suka sangat mandi. memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata perasaan yang sangat happy, selesa, bahagia, teruja segalanya. sangat suka cium bau sabun. Shower cream cepat jer habis. wahaha...walaupun yang botol besar.
- suka sangat memberus gigi. kalo boleh nak berus sampai 5-6 kali. part paling best bila memberus lidah. rasa nak gigit-gigit berus gigi tu. ubat gigi tak payah cerita. sekejap jer habis.
- suka sangat makan coklat. padahal dulu tak suka sangat. sebab terlalu manis. sekarang, tak payah cerita, tak berhenti mengunyah langsung. time awal-awal pregnant dulu sangat benci coklat.
saya sendiri pun tertanya-tanya. adakah benda ni perkara biasa ataupun sebab pregnant sahaja. ehehehe...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.