Monday, 27 May 2013

anemia

apa itu anemia? meh klik sini. cedok maklumat kat pakcik google jer...
masa check up hari tu, mula-mula kad ibu dan anak dapat sticker putih jer. tanda tak ada sebarang masalah kesihatan. tetapi masa datang check up masa baby umur 36 bulan, darah turun lagi, kencing pun kotor lagi, baby pula dah kat bawah tak sabar nak keluar. nurse nasihat banyakkan rehat...dan kad klinik pun dapat sticker hijau...maksudnya ada masalah ler tu. hehehe...
baby ok...
cuma nurse risaukan saya sebab hb (hemoglobin kot) sangat rendah...takut tak cukup darah masa bersalin...
nurse pesan makan telur rebus dua biji dan makan supplement yang diberi...bukan tak nak dengar nasihat. tapi kadang-kadang dah busy dengan karenah budak-budak di sekolah, lupa juga nak ikut segala pesanan...

tapi last check hari tu sebelum cuti, kencing dan darah dah okay...tetapi masih lagi di bawah pemantauan doktor. sekarang tengah menunggu hari si kecik nak keluar...diharap segalanya berjalan lancar. Amen.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.