kadangkala kita terasa kita sudah melakukan sebesar-besar pengorbanan untuk yang tersayang...tetapi rupanya masih tak mencukupi...kadangkala terasa seperti segalanya tidak dihargai, tetapi tak mampu meluahkan kerana takut kita sendiri yang buta dan tak mampu melihat pengorbanan dan layanan yang baik terhadap kita...kadangkala lidah kelu untuk berkata, sedangkan dalam hati terluka, hanya mampu memandang dan mengukir senyum manis dibibir, mengharapkan mereka faham akan isi hati...kadangkala kita harus menerima hakikat, bahawa kita sememangnya bersendirian di dunia ini, yang lain hanya bersifat sementara. yang sentiasa ada hanya diri kita sendiri tempat bergantung dan mengadu selain daripada Tuhan yang Esa, kadangkala terasa diri ini tidak cukup bagus dan tidak cukup sempurna jika dibanding dengan yang lain...yang jauh lebih sempurna....
tak kira macam mana kita mencuba,hasilnya tak selalu seperti yang kita harapkan. cara yang terbaik, kita harus belajar untuk memberi tanpa mengharapkan balasan apa-apa...belajar erti keikhlasan yang sebenarnya...bunyinya seakan mudah tetapi sukar dilakukan...
sememangnya lumrah manusia, selagi benda di depan mata mereka takkan pernah menghargai dan menyedari kehadiran dan kepentingannya, sehinggalah saat mereka kehilangan...ada yang bernasib baik, akan mendapat peluang kedua, dan yang tidak, yang pergi terus pergi...
p/s: kadangkala benda yang kita anggap biasa, tutur kata yang biasa boleh melukakan hati seseorang tanpa kita sedari...
gambar hiasan |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.