Hari ni masih tak ada air. Sangat kagum dengan segelintir murid. Masih tabah menghadapi masalah air. Setia menghuni asrama yang kian lengang tanpa penghuni. Tadi masuk kelas tingkatan 3, tanya dia orang dah ada air belum. Dia orang kata tak ada lagi. Saya tanya lagi, mandi tak? Diaorang kata mandi, semalam hujan jadi sempat tadah air. Kesiannya tengok. Mesti berjaga malam lagi tadah air. Risau pula diaorang mandi air hujan, takut kalo ada yang tak tahan dan demam.
Sangat berharap krisis air ni berakhir dengan cepat. Huhu...dahla ada budak yang datang dari rumah panjang dan ladang-ladang yang jauh dan keadaan family yang tak mengizinkan diaorang selalu balik. Sebab tak ada kenderaan. Kalo ada pun kena bayar tambang. Ada juga dengar budak-budak takda bekalan air bersih untuk minum. Dahaga ...nak beli tak mampu. Sebab ada yang memang tak bawa duit belanja dan bergantung dengan makan di dewan sahaja. Sedih dengar...
Dalam kemelut dan krisis air ni, dia orang tetap mampu tersenyum dan bergurau. Seperti sudah terbiasa dengan hidup susah. Siap ada yang sudi menyumbangkan suara yang sedia ada sumbang tu menyanyi dalam kelas dengan harapan hujan akan turun, dan dapatlah mereka tadah air. Memang hujan kebelakangan ni. Adakah suratan atau kebetulan? Wahaha..
Para guru pula sudah mula memborong air mineral berkotak-kotak. Bukan untuk minum, tetapi untuk mandi. Sampai ke tahap tu. Nak pergi tandas pun kena bawa air mineral sekarang. Susahnya lah. Air untuk menjirus tandas ada, tu pun air hujan yang bertakung di kolam yang sepatutnya menjadi kolam ikan. Air untuk mencuci tangan segala tak ada.
Semua guru sekarang memang akan tahan kencing ataupun be*** sehabis daya yang mungkin. Sampai jer waktu balik, semua memecut laju ke rumah masing-masing untuk melepaskan "stok" untuk hari tersebut. Apa pun sekarang kena bekal wet tissue banyak-banyak. Simpanan di saat kecemasan.
![]() |
perasaan di saat menahan daripada nak terkucil dan terbe*** |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.