Kisah 3 minggu (dan minggu seterusnya...) tak ada air ...
Sekarang ni masalah air di sekolah semakin meruncing. (masalah yang tak pernah selesai di sekolah ni). Dah la sekolah asrama. Kesian tengok budak-budak. ke hulu ke hilir mencari setitis air. macam pelarian bosnia jer. nak tolong pun tak tau nak tolong macamana. Bayangkan mereka ke hulu ke hilir dengan baldi, tidur lewat tunggu ada air, saling curi mencuri air sesama sendiri (emergency la tu...mungkin nak memerut. Kesian...)
Dalam kelas pula, murid mengantuk tak cukup tidur dan penat. Tambah lagi tak mandi. Yang perempuan pula bila dah "bendera jepun" tu berusaha gigih mencari bekalan air. Cikgu-cikgu yang tinggal di flat pula sampai ke Miri semasa hujung minggu,.Tinggal di hotel hanya untuk cuci baju dan mendapatkan bekalan air bersih. Huhuhu...nasib saya dah tak tinggal di rumah warden lagi. Kalo tak, macamana la nak mengangkut air dengan membawa si kecik ni sama-sama. Belum lagi cikgu yang ada anak-anak kecil...
Kantin sekolah, cikgu-cikgu terpaksa guna pinggan, cawan dan sudu plastik sebab takda air nak cuci pinggan. Dewan makan pun susah nak masak sebab tiada bekalan air.
Tandas pula, tak kira tandas guru atau murid... memang harum semerbak baunya bila ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa. Nak be*** pun fikir dua tiga kali. kalo dah emergency tu memang sanggup balik rumah dulu. tapi selagi dapat bertahan, memang akan betahan sedaya upaya dulu.
Memang stress takda air... warghhh...masuk kelas, tengok murid monyok jer. tambah dengan bau-bauan sampingan. nak marah tak boleh sebab faham situasi budak.
Pihak sekolah pun dah menghubungi pihak yang berwajib, tetapi tiada respon positif. Sigh~ entah sampai bila. patutkah menghubungi pihak TV3 program bersamamu ke apa supaya tindakan yang sepatutnya dapat di ambil?. sempena pilihanraya ni, bolehlah mengambil kesempatan sedikit. Bolehkah?
p/s: biasanya kalo dah keluar TV cepat jer bantuan sampai...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.