Friday, 12 April 2013

another blackout story



sejak dari semalam blackout. Nasib sempat masak nasi. Kalo tak, nak buat apa dengan beras yang dah siap dicuci, dibilas segala tu? Nak masak guna dapur gas tak ada periuk yang bersesuaian. Sigh~

hari ni blackout lagi kat sekolah. alahai, sudah jatuh ditimpa lif betul lah sekolah ni. dah la masalah air, blackout pula. yang peliknya, sentiasa hujan sampai jalanraya pun banjir, sekolah pun banjir tetapi kenyataannya tak air juga. tak tau nak kata apa.

berbalik ke agenda utama kita, iaitu blackout, rakan seguru ada menceritakan pengalaman beliau dalam kelas semasa blackout satu ketika dulu. pada ketika itu, dia mengajar matapelajaran bahasa Inggeris. Mengajar pula kelas yang hujung dunia. Hee...tengah-tengah mengajar tu tetiba blackout. tetiba...

"teacher, BLACKCURRENT/BLACKCURRANT!!!"

satu kelas menjerit dengan penuh rasa confidentnya. kawan saya tadi terpana, terkesima, terkedu seketika...sukar digambarkan perasaan beliau pada ketika itu. bercampurbaur segala. ditambah dengan cubaan untuk memproses maklumat yang baru diterima. ibaratnya seperti computer atau laptop yang tengah lagging.

setelah bertenang, barulah beliau dapat memproses maklumat dan memahami apa yang cuba disampaikan budak. sambil menahan ketawa beliau dengan hidung yang terkembang kempisnya menerangkan bahawa ;

"Blackout bukan blackcurrent/ blackcurrant."

ujar beliau dengan lemah lembutnya.

google translate rasanya memang dicipta oleh golongan murid seperti ini. memang direct translation daripada bahasa ibunda mereka. tetapi itulah kenyataannya, semua kita belajar daripada kesilapan. membuat kesalahan ketika belajar adalah satu proses pembelajaran.

Dalam sakit hati tu, memang ada-ada sahaja telatah murid yang menghiburkan hati. sampai nak marah pun tak jadi. hahaha

Teori Budak-budak

Black=gelap
current/currant=elektrik
bahasa ibunda mereka= karan--->elektrik

p/s: nasib tak sebut Ribena

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.