- Orang yang diberi betis hendakkan paha. kalo dah tahu awal-awal tu hendakkan paha tak payah nak berkias-kias segala kononnya nak betis. cakap jer awal-awal.
- Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Cakap diri sendiri tak buat ni la tak buat tu lah tapi akhirnya dia sendiri yang buat perkara yang kononnya dia benci tengok orang buat. Haii, dia buat tak apa pula? gitu.
- Murat Murai. Rasanya burung murai tak patut dipersalahkan dalam hal ini. sebab orang jenis ni memang tak pandai berhenti bercakap tanpa mengira keadaan kita yang tengah stress, tension, busy etc. kalo benda penting tak apa, tu tak habis-habis merungut, mengata orang, tak puas hati itu ini. Pleaselah!
- Mengambil Kesempatan. spesis ni paling geram tengok. bila kita tolong sekali, dia terus nak berkali-kali. tak faham keadaan orang langsung. time tu orang busy time tu juga menyelit minta tolong lah , itulah, inilah. Bila minta tolong orang berani pulak nak demand macam-macam. nak yang macam ni lah, taknak macam tu lah. susah-susah pergi la beli sendiri.
- Menghakmilikkan harta orang jadi harta sendiri. ni pun spesis yang menjengkelkan. nak kata tak berduit, bergaji segala. kaya lagi. benda-benda seperti kelengkapan alat tulis pun takkan tak mampu nak beli sendiri. sekejap-sekejap pinjam, dah tu kalo reti nak hantar balik. kadang-kadang dah habis baru nak hantar. apa reti nya? bukan nak kedekut. kalo time emergency kita faham, ni saja-saj mengada nak pakai orang punya. sendiri punya ada.
- Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. ni lagi satu, dah nampak kita tak ada mood stress dan marah, makin lagi tanya untuk mengconfirmkan lagi perasaan kita. huh...yang ni sangat mencabar kesabaran yang sememangnya sudah di tahap kritikal.
Oleh itu, sekian sahaja luahan untuk hari ini. sangat bengang.
p/s: tertinggal satu. pak sanggup yang tak sepenuhnya menyanggup. semua tugas dia kata nak buat. nak tolong. tapi akhirnya. hampeh! pastu mengata kita kat belakang. jenis apakah ini?
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.