Stesen bas…
Tempat yang paling saya
suka dan juga paling saya benci. Sangat suka dan bersyukurnya ada stesen bus
bila hubby nak datang jumpa dan sangat benci tiapkali nak hantar hubby balik.
Sedih sangat-sangat…huhu…
Macam cuti hari tu
(setiap kali hubby nak balik), bila dah sampai masa nak hantar hubby pergi
stesen bus, mulalah saya moody dan bersedih. Tahan-tahan airmata daripada jatuh
tapi akhirnya jatuh juga. T.T
Bila bercinta dulu tak
lah sedih sangat kalau berjauhan. Rindu memang ada.Sedihnya lain sedikit.
Handphone memang tak pernah lekang daripada tangan. Kecuali kalau masuk kelas
dan mengajar. Sekarang dah kahwin, rasa dia sangat lain sikit. Bila dah tiba
masa nak berpisah (hubby mengajar di sekolah lain) memang rasa separuh jiwaku
pergi (pinjam tajuk lagu Anang). Rasa sunyi sangat-sangat.
Adakah sebab emosi
semasa mengandung? Mungkin juga.
Sekarang ni, tak sabar-sabar
nak cuti. Nak jumpa hubby. Semangat siapkan segala kerja awal-awal supaya tak
kelam kabut di kemudian hari. Hehe…
p/s:
kalau lah budak-budak tahu menghargai pengorbanan guru yang terpaksa berjauhan
daripada keluarga demi tanggungjawab dan amanah yang diberikan kan bagus?
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.