Friday, 5 April 2013

satu ketika dulu...zaman kanak2 riang

Lama tak tulis entri baru. Sibuk bercuti bersama hubby dan si kecil tersayang. Entri kali ni nak ce citer pasal zaman-zaman pra sejarah semasa di bangku sekolah rendah di sebuah kampung pendalaman tempat saya menuntut ilmu. Rindu...

Kenapa gambar ni enter frame kat sini? hehehe...


Kisahnya bermula begini;

Adapun saya membesar di kampung, tak terdedah kepada kemajuan bandar dan segala. Boleh dikatakan sangat naif. Time tu kalo ada sesiapa kat kampung ada TV, memang akan sangat kagum tahap gaban. Setiap sabtu pula kalo rumah mana yang ada buka generator tengok TV mesti saya dan kawan-kawan cepat-cepat pergi rumah orang tu tengok TV. Cerita Hindi pukul 2 pm. cerita Hindi dulu biasa sahaja. sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Tak macam sekarang ni...tsk tsk tsk...


Berbalik kepada cerita asal, dulu masa nak mengasah pencil guna sharpener yang biasa-biasa sahaja. yang 20 cent satu tu. Ada cermin kat sebelah dia. Guna sampai tumpul baru buang. kadang-kadang ada juga cuba asahkan balik bilah sharpener tu tapi tak menjadi.

sharpener zaman dulu-dulu


Sharpener yang seperti gambar di atas tu, tak pernah nampak atau tahu akan kewujudannya. Sehinggalah suatu hari, guru sains saya yang baru balik daripada bandar beli sharpener jenis ini. dia pun tunjuk kat kami sekelas tanpa memberitahu kami apakah benda tersebut dan fungsinya. Kami yang sakai tahap babun ni pun terus berkerumun macam semut dapat gula. Mulut ternganga dan kekaguman yang teramat sangat.

Kami pun dengan perasaan ingin tahu bertanya kepada cikgu tersebut apakah fungsi benda tersebut. Cikgu tersebut pun dengan selamba menjawab "kamera". Dia menunjukkan cara-cara kononnya mengunakan "kamera" tersebut. Apa lagi, kami semua pun excitedlah. terus minta cikgu tu mengambil gambar kami sekelas. Solo shot lah kononnya. Cikgu tersebut senyum lebar dan kata boleh serta beliau menyuruh kami bersiap dulu.


Satu kelas sibuk membetulkan baju. rambut segala. Cikgu tu hanya duduk senyum memerhatikan gelagat kami. (rasanya beliau mesti rasa nak kah kah kah kat situ juga...konpem tengah tahan ketawa la tu..huhu) setelah siap, kami pun sorang-sorang pergi "ambil gambar" dengan happy dan tersipu-sipunya. Cikgu kami berjanji akan memberi gambar tersebut setelah siap dicuci nanti.

sepurnama berlalu ...(sehingga kini...) gambar tersebut tak pernah kunjung tiba. Hahaha...mestilah...guna sharpener. bengong betul time tu. Memang percaya bulat-bulat benda tu "kamera". 


Memang naif budak-budak time zaman tu. Sangat percayakan dan hormatkan guru. Semua yang cikgu cakap memang sangat betul. Memang sangat mengagumi cikgu kerana dia orang seperti tahu tentang segala. Sangat berbeza dengan zaman sekarang di mana muridnya sangat advance dalam segala. Guru pula yang terkejar-kejar dari belakang. Selangkah guru sama dengan 100 langkah murid ke depan. Sekianlah bingkisan cerita dari kisah zaman dinosour dulu


P/s: Hidup dalam kesederhanaan dulu sangat selesa dan bahagia. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.