Wednesday, 24 April 2013

unlucky



tahun ni, selalu berlaku peristiwa-peristiwa yang tidak baik kepada warga sekolah. huhu...bermula dengan seorang cikgu kemalangan ketika balik bercuti hari tu. syukur beliau selamat,cuma bumper keretanya yang tercabut habis. lepas tu, kira-kira 2 minggu lepas, seorang lagi cikgu yang mengalami kemalangan jalanraya ketika nak ke sekolah. syukur juga beliau tidak mengalami apa-apa kecederaan, terbaru hari sabtu lepas seorang cikgu kemalangan juga apabila motorsikal beliau melanggar kereta lain yang masuk simpang tanpa bagi signal light. cikgu tersebut mengalami kecederaan yang agak teruk apabila kaki dan tangan kanan beliau patah dan pergelangan tangan kiri beliau mengalami keretakan. sekarang cikgu tersebut masih di hospital kerana kecederaan beliau agak teruk.

tak habis dengan cerita cikgu tersebut, terkini,yakni isnin ni, van yang membawa 8 orang murid sekolah juga mengalami kemalangan apabila bertembung dengan sebuah kereta persona. pemandu van dikatakan patah kaki dan tersepit di tempat duduk pemandu kira-kira satu jam sebelum berjaya dikeluarkan. 7 orang murid yang lain mengalami cedera ringan dan sedikit trauma manakala seorang murid patah kaki dan terpaksa dimasukkan ke hospital. dikatakan tayar kereta persona tersebut meletup sebelum hilang kawalan dan bertembung dengan van tersebut. bagaimanapun, pemandu persona terbabit tidak mengalami apa-apa kecederaan. 

adapun kawasan kemalangan tersebut memang antara KAWASAN YANG KERAP KEMALANGAN dan agak keras bagi penduduk setempat. sememangnya kalau tidak keras pun, faktor geografi kawasan tersebut memang menyumbang kepada kemalangan dimana terdapat selekoh tajam di atas bukit dan jalannya agak sempit. selalunya saya memang akan memperlahankan kereta setiap kali melalui kawasan ini sebab jalan sempit dan pandangan kita terhalang hinggakan tak dapat nak tengok kereta dari arah bertentangan. saya paling tak suka kawasan ni juga. huhu...

tetapi bila difikirkan begitu banyak perkara yang tidak elok berlaku, teringin nak cadangkan macam berdoa tolak bala ikut agama masing-masing untuk meminta pelindungan daripada Tuhan. boleh kan? terus terang saya katakan memang rasa tak sedap hati dengan semua kejadian ini. belum sempat nak habis rasa terperanjat dengan kisah satu, muncul lagi perkara yang baru. mungkin ada benda yang Tuhan nak tunjuk dari peristiwa ini. apa pun, saya rasa sebaiknya kita berdoa meminta pelindungan Tuhan untuk melindungi semua daripada benda-benda yang tidak elok.

p/s:perlukah masukkan masalah air ke dalam senarai ?

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.