tersebutlah kisah...tentang perkara misteri yang berlaku di sebuah sekolah di miri...untuk lebih spesifiknya, misteri kehilangan gayung dan baldi air di tandas guru perempuan. pada awal tahun , adapun bilangan baldi memang banyak bahkan boleh dikatakan terlebih banyak di tandas tersebut, namun sehingga entri ini ditulis, tadi semasa saya selaku penulis meninjau kawasan kejadian dari baldi, hanya tong cat sahaja yang tinggal. memang pelik bin ajaib. sejak bila baldi pandai make over jadi tong cat, ataupun baldi tersebut menyamar menjadi tong cat untuk menambahkan lagi misteri dan tanda protes tentang masalah air ini. gayung pun tak nampak batang hidungnya (sememangnya gayung tak ada hidung). misteri oh misteri jangan biarkan hidup anda diselubungi kehilangan baldi dan gayung secara misteri.
Laporan Disediakan oleh,
AJK Tandas yang bertauliah.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.